| BULETIN KPHS | SCRIPT CODE | TERMA DAN SYARAT |
KELEBIHAN KOMUNITI
Blog komuniti pelajar Hulu Selangor ini adalah untuk menghubungkan dan mengeratkan silaturahim antara pelajar di daerah Hulu Selangor. Ianya di bangunkan oleh unit ICT SMKTBR dengan kerjasama SENTRALPOINT SYSTEMS.
Selain dari dapat berkomunikasi, pelajar juga boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma dan meletakkan link blog atau web mereka disini. Selain itu pelajar yang mendaftar akan diberi diskaun bagi produk-produk terpilih, termasuk buku keluaran dari syarikat-syarikat penerbitan utama yang terpilih, produk keluaran Zoulsoul Ebook Production, perkhidmatan Internet Cyberstation dan Sentralpoint Systems.
CARA MENGGUNAKAN CHAT ROOM
Apabila anda masuk ke BLOG Komuniti ini, anda perlu klik START CHATTING untuk memasuki ruang chat dan secara automatik anda akan diberi satu nama(GuestXX). Anda perlu mendaftar(Sign-up) untuk menukar nama GuestXX yang diberikan kepada anda. Jika anda tidak mendaftar,anda masih boleh menggunakan nama GuestXX untuk berchatting. Untuk mendaftar sila klilk bahagian Sign up dibahagian kanan sebelah bawah Chat Room anda.
MENDAFTAR(SIGN UP)
Selepas anda klik Sign up(rujuk gambar LANGKAH 1 diatas), satu tetingkap pendaftaran akaun akan dipaparkan, seperti gambar LANGKAH 2 dibawah. Isikan semua maklumat yang diperlukan, contoh seperti rajah dibawah. Masukkan Geesee name(nickname), email anda dan password(sekurang-kurangnya 6 aksara).
MENGUBAH MAKLUMAT PERSONAL ANDA(EDIT PROFILE)
Setelah mendaftar anda akan menerima email pengesahan, anda perlu melakukan pengesahan(verify) sebelum boleh melakukan Sign in.
Selepas pengesahan anda boleh Sign in dan melihat nama GuestXX anda telah diubah kepada nickname (Geesee name) yang anda daftarkan. Untuk proses seterusnya, anda boleh mengubah profile anda, dengan memasukkan maklumat di tetingkap Personal seperti rajah dibawah.
MEMASUKKAN CHATTING ROOM KE BLOG ANDA
Jika anda ingin memasukkan chatting room KPHS-ONLINE ke dalam blog anda, anda boleh melakukannya dengan mudah. Copy dan paste script code dibawah, dan masukkan ke dalam Add Page Element >> HTML/Script. Saiz tidak boleh diubah, oleh itu letakkan Page Element di bahagian saiz maksima :
Penafian : Pihak KPHS-Online tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa ia diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.